Kerajaan Negeri Johor bakal melancarkan Tabung Bantuan bagi membantu adik Irfan Wafiy Idham Wazir, yang menghidap penyakit berkaitan saraf, Myokymia. Ia bertujuan untuk meringankan beban kos rawatan yang ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.
Jelas Exco Negeri Aminolhuda Hassan, hasil kutipan dana tersebut akan turut digunakan bagi mendapatkan nasihat pakar dari luar negara untuk mengenal pasti kaedah rawatan sesuai untuk Irfan.
Beliau sebelum itu mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dan bertemu adik Irfan Wafiy serta keluarganya. Pelajar berumur 12 tahun itu dilaporkan mengalami penyakit saraf sehingga membataskan pergerakannya terutama di sekolah. Ketika ini, beliau bergantung kepada ubat sawan yang dibekalkan hospital.#

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini