Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat ini.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas mencatatkan 1,221 orang setakat 11 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Empat daerah masih terjejas banjir dengan Muar merekodkan jumlah penduduk terjejas paling tinggi diikuti Segamat, Tangkak dan Batu Pahat.

Satu stesen sungai mencatat paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar, manakala satu lagi stesen sungai mencatat paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat.

Setakat ini, hanya satu daerah di negeri berkenaan dilaporkan mendung iaitu Mersing.

Namun keadaan cuaca di sembilan daerah lagi dilaporkan cerah.

Di Melaka pula, penduduk terjejas banjir telah berkurangan kepada 51 mangsa daripada 13 keluarga berbanding petang semalam.

Kesemua penduduk kini ditempatkan di dua PPS di Jasin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini