Johor memohon agar pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka bersekali dengan VTL udara pada 29 November ini.

Selain mengatasi masalah 300,000 individu yang terpaksa berulang-alik bekerja di republik tersebut, ia juga salah satu usaha memulihkan kembali ekonomi kedua-dua negara.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memohon permintaan itu dipertimbangkan.

Beliau optimis, sebagai langkah permulaan, 300 hingga 500 individu dibenarkan merentas, sehari, dengan SOP ketat.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0.

Baru-baru ini, Malaysia dan Singapura mengumumkan akan melancarkan VTL bagi pengembara antara kedua-dua negara yang menggunakan mod pengangkutan udara, untuk pengembara yang sudah lengkap divaksinasi.

Ia melibatkan perjalanan dari Lapangan Terbang Changi Singapura dan KLIA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini