Johor memohon peruntukan sebanyak RM9.09 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaik pulih jalan yang rosak akibat banjir.
 
Exco Kerja Raya,Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan Badri memaklumkan, permohonan telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya bagi membolehkan kerja membaik pulih dapat dilaksanakan segera.

Sehingga kini, pihaknya telah mengenalpasti 22 jalan Persekutuan dan jalan negeri yang perlu dibaik pulih di 6 daerah yang terjejas.
 
Peruntukan tambahan juga, katanya, akan dipohon sekiranya terdapat keperluan untuk membaik pulih jalan-jalan dan infrastruktur awam lain yang dikenalpasti turut terjejas akibat banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini