Kerajaan Johor berhasrat mengukuhkan lagi bidang pelancongan kesihatan meskipun masih berdepan impak COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sektor itu antara penyumbang ekonomi terbesar negeri.

Selain lokasi strategik, Johor turut menjadi destinasi pilihan pelabur asing.

Sekali gus mengikuti jejak langkah Indonesia dan Singapura yang komited meningkatkan taraf kesihatan dan ekonomi menerusi pelancongan kesihatan.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan kerja ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini