Johor memperluaskan inisiatif vaksin tanpa janji temu atau `walk in’ bermula kelmarin di 21 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melibatkan lapan daerah.

Inisiatif tersebut dijalankan khusus untuk kemudahan warga tempatan berumur 18 tahun ke atas.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, R. Vidyanathan berkata, antara lokasi terlibat, ialah PPV Bergerak Kampung Melayu, Kulai, bermula hari ini.

Manakala PPV Politeknik Mersing, bermula 7 hingga 9 September ini.
 
Di Segamat pula, PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang turut bermula hari ini, selain PPV Dewan Muafakat Simpang Renggam, Kluang yang mula beroperasi 5 September.
 
Sementara di Tangkak, PPV Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang, bermula esok, dan PPV Dewan Jubli Intan, Muar, bermula 9 hingga 15 September ini.
 
Di Batu Pahat, PPV Dewan Terbuka Taman Hajjat, Parit Bilal Tongkang Pechah, bermula esok, manakala PPV Dewan Perpat Timbul, Serkat, Pontian, memulakan operasi hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini