Kerajaan Johor memperuntukan RM28.32 juta setahun bagi tujuan pengimarahan masjid dan surau di seluruh negeri.
 
RM12.6 juta setahun daripadanya adalah untuk elaun bulanan pegawai masjid.
 
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata inisiatif itu melibatkan 5,710 imam, bilal dan noja di 838 masjid dan 1,961 surau.

Pegawai surau dan masjid turut menerima bantuan sekali bayar
sebanyak RM500 daripada JAKIM melibatkan jumlah RM1.3 juta. Sementara RM500 lagi menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor dengan jumlah peruntukan RM2.295 juta.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini