Sejumlah  RM59 juta diperuntukkan kerajaan Johor untuk  kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan fasiliti, bagi mengurangkan risiko banjir di negeri itu.

Peruntukan melibatkan RM27 juta bagi menambahbaik ban dan sistem perparitan, manakala RM32 juta lagi, penyelenggaraan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad berkata, ketika ini, semua jabatan dan agensi telah siap sedia  untuk menghadapi banjir.

Satu Pusat Pemindahan Sementara Khas juga akan dibuka di setiap kawasan dan daerah, bagi menempatkan penduduk terjejas yang terkesan dengan pandemik COVID 19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini