Johor sedang meneliti dan menilai cadangan untuk menambah kadar pemberian bantuan zakat kepada golongan asnaf.

Pertimbangan dibuat selepas Majlis Agama Islam Negeri Johor menerima aduan ketidakcukupan bantuan berikutan kenaikan harga barang dan inflasi yang
sedang berlaku.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menyatakan kesediaan untuk terus menyantuni keperluan dan permintaan 17,000 penerima bantuan zakat.

Permohonan bantuan tambahan seperti pendidikan, kesihatan dan sara hidup bulanan juga disediakan sementara menunggu keputusan cadangan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Cerapan Anak Bulan dan Penetapan Tarikh Rasmi Aidiladha di Pontian, Johor.