Johor sentiasa menerapkan amalan ajaran Islam, bukan sahaja di dalam sistem pentadbirannya tetapi juga pendidikan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pembudayaan ajaran Islam juga dipupuk secara konsisten menerusi pelbagai program berkaitan al-Quran yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Johor.

Datuk Onn Hafiz turut menzahirkan kesyukuran apabila Johor sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah selepas kali terakhir pada 2012. Majlis Tilawah Dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan berlangsung selama enam hari melibatkan 110 peserta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini