Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa pemimpin negara-negara G7 untuk memastikan sekatan yang dikenakan terhadap Rusia tidak menjejaskan bekalan makanan dan baja global.

Jokowi yang juga presiden G20 berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow.

 
Perang Rusia di Ukraine telah memburukkan lagi krisis makanan global, menyebabkan harga bijirin, minyak masak, bahan bakar dan baja melambung tinggi.

Rusia dan Ukraine membekalkan hampir satu per tiga bekalan gandum dunia dengan Rusia juga merupakan pengeksport utama baja dunia dan Ukraine adalah pengeksport utama jagung dan minyak bunga matahari.

Sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, penghantaran bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitamnya telah terhenti.

Moscow berkata adalah menjadi tanggungjawab Kyiv untuk mengeluarkan periuk api dari pelabuhan untuk membebaskan lorong perkapalan.

Jokowi sebelum itu bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky selepas menghadiri sidang kemuncak G7 di Jerman.

Setelah bertemu Zelensky, Jokowi menawarkan untuk menyampaikan mesej dari Kyiv kepada Putin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini