Presiden Indonesia, Joko Widodo berharap Litar Mandalika yang terletak di Zon Ekonomi Khas (KEK) Mandalika, Lombok Tengah di Nusa Tenggara Barat dapat mencetuskan pertumbuhan ekonomi baharu di kawasan itu.

Litar sepanjang 4.3 kilometer dengan teknologi terkini itu telah sedia diguna bagi menyokong penganjuran acara bertaraf dunia,   World Superbike 2021 dan MotoGP pada Mac tahun depan.

Perasmian Litar Mandalika disempurnakan Joko Widodo Jumaat lalu. Ia boleh menampung sehingga 150,000 penonton. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah ruang suite, 40 paddock, pusat persidangan dan pameran, serta pusat membeli-belah berhampirannya. Apabila tiada perlumbaan, sebahagian litar akan digunakan sebagai jalan dan lebuh raya awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini