Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diarah menyelaras tindakan segera aktiviti pascabanjir di kawasan-kawasan terkesan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata penyelarasan terbabit antaranya melibatkan perbincangan bersama semua agensi Persekutuan berikutan situasi banjir yang mulai surut di beberapa negeri dan daerah yang memerlukan tindakan pascabanjir.

Jelas Datuk Dr Aminuddin, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) telah mengeluarkan arahan kepada semua JPBN dan JPBD untuk berbuat demikian.

Penggemblengan aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan juga perlu memberi perhatian kepada pentaksiran keperluan pascabencana mangsa yang terlibat.

Beliau berkata tindakan pascabanjir lain meliputi bantuan pembersihan kediaman dan tempat-tempat awam; aktiviti pembersihan sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS); serta tindakan pemulihan perkhidmatan asas.

Dalam perkembangan lain; JPBN Johor, Sabah dan Sarawak juga telah diarah supaya berwaspada berikutan amaran hujan lebat berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia serta mengambil tindakan awal dengan membuka Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini