Sebanyak 1,386 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor,  menerusi penguatkuasaan dan operasi bersepadu Hari Raya Aidilfitri mulai 29 April hingga 8 Mei lalu.

Operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 6,936 buah kenderaan. 

Timbalan Pengarah JPJ Johor, Mohd Edir Sanip berkata, kesalahan pelesenan mencatatkan notis tertinggi, iaitu 218  bagi pelesenan memandu, melibatkan 178 notis tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL).
 
Selain itu, 240 notis direkodkan bagi kesalahan pelesenan kenderaan, melibatkan 122 notis Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, dan 118 notis tiada perlindungan insurans.
 
65 notis turut dikeluarkan, atas kesalahan teknikal. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini