151 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, melibatkan 131 kes pelbagai kesalahan, menerusi Op Bersepadu yang dijalankan di beberapa daerah dalam negeri pada 16 dan 17 November.
 
Turut diperiksa, 177 kenderaan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan teknikal.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Abidin berkata, 85 notis saman, 45 notis arah timbang dan tiga notis larangan penggunaan kenderaan dikeluarkan
sepanjang operasi itu.
 
Operasi dijalankan susulan aduan diterima Jabatan Kerja Raya, berhubung kerosakan jalan yang berlaku berpunca daripada kenderaan membawa lebih muatan.
 
Beliau berkata demikian selepas meninjau Op Bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini