Pembeli dan peniaga yang menjalankan aktiviti membeli dan menjaja di persimpangan jalan atau jalan raya akan dikenakan saman.

Tegas Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Yusabra Yusuf, tiada kompromi terhadap perbuatan itu kerana mengundang kemalangan.

Merujuk Kaedah 10A(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa dibenarkan menjual atau menawarkan menjual barang di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau jalan raya.

Bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau jalan raya.

Beliau berkata demikian di Seremban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini