91 kesalahan teknikal membabitkan kenderaan berat dikenalpasti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam Op Halangan, di Hentian Sebelah Senawang arah Utara, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, antara kesalahan tersebut melibatkan penggunaan lampu mata arah dan lampu berwarna serta kayu penyendal yang tidak disimpan dengan selamat.

Beliau berkata, sebanyak 34 saman dikeluarkan membabitkan kerana kesalahan tersebut.

Saman turut dikeluarkan terhadap kesalahan teknikal lain seperti keadaan tayar tidak selamat, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan kenderaan tidak diselenggara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini