100 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dalam Op Khas Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Teknikal yang dijalankan di sekitar Pekan Padang Besar dan Arau. Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, Operasi Khas berkenaan berjaya mengesan tiga warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah.
 
Mereka merupakan pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi di negeri itu dan negara jiran. Selain warga asing, tindakan saman turut dikenakan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini