369 kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis sepanjang OPS Merah yang dilaksanakan sejak 1 Oktober lalu. Kesalahan tertinggi melibatkan memandu tanpa lesen yang sah dengan 102 kes direkodkan.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, selain itu, sebanyak 44 kes melibatkan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan dikenakan kompaun serta merta.

Manakala 4 kes kesalahan berkaitan tanda isyarat lalu lintas jalan sehala dan dilarang masuk, masing-masing 2 kes bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak memakai topi kalendar.

Selain itu, 4 kes melibatkan kesalahan memandu dibawah umur; 11 kes kesalahan berkaitan Lesen Memandu Percubaan dan 75 kes bagi tiada perlindungan Insuran.

Pihak JPJ turut mengesan 27 kes mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, 29 kes kesalahan teknikal dan 68 kes melibatkan kesalahan lain. Ops Merah dilaksanakan secara kolaboratif antara Unit Operasi, Unit Penguatkuasa Bermotosikal dan Unit Siasatan dan Risikan JPJ Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini