Sebuah kenderaan Toyota Vios disyaki klon, disita JPJ Perlis, dalam Operasi Khas Kenderaan Klon.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata – kenderaan dipandu seorang wanita ditahan di Jalan Changlun – Kuala Perlis.

Siasatan awal mendapati, ia dibeli oleh suaminya daripada lelaki warga asing.

Kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987.
 
Manakala wanita terbabit disaman atas beberapa kesalahan, antaranya tidak memiliki lesen memandu, mempamerkan nombor kenderaan lain dan mempamerkan lesen kenderaan motor lain

Juga, menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan dan tiada perlindungan insurans.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati semasa membut pembelian kenderaan, bagi mengelak mereka ditipu sindiket penjualan kenderaan klon yang semakin berleluasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini