Tindakan saman akan dikenakan kepada peniaga serta pembeli yang masih menjalankan aktiviti jual beli di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan risiko kemalangan jalan raya.

Sebelum ini, pihaknya juga telah menjalankan program advokasi terhadap peniaga dan penjaja jalanan bagi tujuan peringatan.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Jelapang.

Operasi melibatkan 96 kekuatan anggota itu turut disertai Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini