Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat siasatan segera dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pempengaruh media sosial, Azrul Affandi Sobry mengenai ‘Lesen Terbang’.

JPJ dalam kenyataan menyatakan perkara itu dipandang serius, dan individu berkenaan akan dipanggil bagi mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan. JPJ menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku yang melibatkan warga kerjanya.

Menerusi hantaran di media sosial, Azrul Affandi mendakwa terdapat pegawai JPJ yang terlibat secara langsung dalam kegiatan menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan walaupun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini