16,500 puisi berjaya dikumpul Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sekali gus dinobatkan dalam Malaysia Books Of Records (MBOR).

Pencapaian susulan kejayaan menerima puisi terbanyak dalam negara berkaitan Hari Guru.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad, inisiatif ini dilakukan bagi menyemarakkan Sambutan Hari Guru.

Semua puisi itu dihasilkan oleh pelajar sekolah di seluruh negeri itu sejak 19 Mei lalu hingga semalam.

Penyerahan pengiktirafan MBOR turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Dua tahun lalu, pelajar sekolah di negeri itu pernah tersenarai dalam MBOR kerana berjaya menghasilkan kek terbanyak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini