Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersiap siaga menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di sekitar Batu Pahat.

Bagi tindakan jangka pendek, melibatkan persediaan di kawasan rendah, termasuk di Parit Johar dan Jalan Sultanah.

JPS akan turut memastikan kesemua enam Pintu Air kawasan itu berfungsi dengan baik, selain tiada mendapan dan halangan oleh sampah-sarap pada sistem saliran.

Turut dilaksana, pembinaan halangan menggunakan beg pasir dan melaksanakan penyedutan mendapan di sekitar longkang bawah tanah sekitar Jalan Sultanah.

Langkah awal turut diambil dengan membina benteng tanah sepanjang 200 meter dari Parit Lapis hingga ke Taman Nira  bagi mengelak limpahan air Sungai Batu Pahat ke kawasan sekitar Taman Nira, Batu Pahat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini