Jabatan Pengairan dan Saliran diminta segera melaporkan sekiranya berlaku kerosakan rumah pam bagi memastikan kejadian banjir termenung dapat
dielakkan.
 
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, sekiranya laporan awal dapat dimaklumkan, masalah terbabit dapat diangkat untuk pengetahuan pihak kerajaan dan kementerian berkaitan, dalam kadar segera. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 bersyukur berikutan banjir di kawasan parlimen Paya Besar telahpun surut, kecuali di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Sungai Pandan, Kuantan, yang mengalami ‘banjir temenung’ disebabkan kerosakan rumah pam.
 
Air banjir terbabit dipam ke alur Bukit Rangin dan kemudiannya mengalir terus ke Sungai Kuantan.
 
Bagi bantuan pasca banjir, pihaknya telah menggerakkan 200 sukarelawan Parlimen Paya Besar untuk membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas banjir dalam parlimen itu.
 
Katanya, bantuan insentif seribu ringgit kepada isi rumah terjejas banjir seperti yang diumumkan kerajaan, sedikit sebanyak diharap meringankan beban penduduk terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini