Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan banjir akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, bermula Jumaat ini dan Sabtu.

Jangkaan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi. Di Kelantan, banjir dijangka berlaku melibatkan Lembangan Sungai Kelantan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

Manakala Lembangan Sungai Golok melibatkan Jenob dan Rantau Panjang serta kawasan sekitar berisiko banjir.

Di Terengganu, kemungkinan berlaku banjir di Lembangan Sungai Besut melibatkan Besut; Lembangan Sungai Terengganu pula melibatkan Terengganu serta kawasan sekitarnya.

Ramalan banjir bagi kedua negeri itu bermula 8 malam, Jumaat ini.

Di Pahang, ramalan banjir pada 1 Januari pukul  8 pagi melibatkan Lembangan Sungai Pahang merangkumi Maran, Temerloh dan Jerantut.

Manakala Lembangan Sungai Kuantan melibatkan Sungai Lembing dan Lembangan Sungai Rompin membabitkan Rompin serta kawasan sekitar berisiko banjir.

Di Johor, ramalan bermula 1 Januari pukul 8.00 malam, di Lembangan Sungai Mersing melibatkan Mersing serta kawasan sekitarnya.

Penduduk di kawasan terbabit diminta waspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini