Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS Kedah melalui Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal BPME menggerakkan pasukan bantuan ke kawasan banjir di Taman Sri Muda, Selangor. 

Misi bantuan itu membawa bersama pasukan teknikal serta aset berupa Pam Diesel beserta paip hantaran bagi membantu mengeluarkan air banjir dari kawasan yang terjejas ke Sungai Klang.

Pam-pam yang dipasang telah berjaya mengurangkan paras banjir di kawasan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini