Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan diarahkan menyiasat dakwaan penduduk berhubung siren amaran banjir yang dipasang di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas tidak berfungsi sehingga memaksa mereka berpindah sehelai sepinggang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut akan diteliti kemungkinan keadaan hujan lebat menyebabkan siren amaran banjir tidak dapat didengari sama seperti yang berlaku di Ampangan.

Berdasarkan makluman, sebanyak  22 stesen siren amaran banjir telah dipasang di kawasan berisiko agar penduduk dapat menyelamatkan nyawa serta harta benda lebih awal.

Tahun ini, kerajaan negeri juga merancang menambah siren tersebut terutama di kawasan berisiko banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini