Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan mengadakan kempen pencegahan jenayah komersial (jenayah dalam talian) mulai 8 Nov depan.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat modus operandi yang digunakan sindiket bagi menipu mangsa.

Menurut Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram / Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK, Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali, sebanyak 15,935 kes penipuan dalam talian direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ia melibatkan African Scam, Macau Scam, pinjaman tidak wujud, penipuan pelaburan serta e-dagang dengan nilai kerugian sebanyak 380 juta ringgit.

Tambah beliau statistik tersebut amat membimbangkan dengan peningkatan sebanyak 60.6 peratus sejak 10 tahun lalu.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan modus operandi sindiket penipuan yang kini semakin licik.

Kempen akan dilaksana dengan kerjasama syarikat korporat dan badan bukan kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini