Bermula Januari depan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memperluaskan penggunaan teknologi kamera ANPR sebagai alat pengimbas nombor Pendaftaran Kenderaan (iCOPS) ke seluruh negara.
 
Pengunaannya diperluasa dalam membantu mengesan jenayah, kenderaan klon dan jenayah narkotik.

Teknologi berkenaan juga mampu mengesan kenderaan yang bergerak dengan kelajuan 130 kilometer sejam.
 
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, ia boleh beroperasi dengan ketepatan pengecaman nombor pendaftaran hingga 97 peratus meskipun dalam cuaca hujan atau panas terik.
 
Teknologi ini berpotensi dikembangkan lagi bagi memperkukuhkan tugasan PDRM dan membantu agensi berkaitan.
 
Ini termasuk menyimpan data kenderaan semasa dan menyemak saman.

Sehingga kini, 40 unit kenderaan iCOPS akan diagihkan di seluruh negeri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini