Tiga premis menjual peranti penstriman Android Box di Petaling Jaya, Selangor digempur pihak berkuasa. Hasilnya, 17 unit alat berkenaan dan dokumen disyaki mengandungi karya hak cipta dirampas.

Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam, premis berkenaan beroperasi dalam sebuah pusat beli belah.

Dua suspek disyaki melakukan aktiviti bercanggah Akta Hak Cipta 1987 ditahan. Pihak berkuasa mengingatkan peniaga agar tidak menjual alat penstriman seumpama. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan peranti berkenaan diminta tampil memberi maklumat.