Seiring tren jual beli dalam talian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna hanya membuat transaksi dengan perniagaan yang mempunyai pensijilan SSM BizTrust.

Justeru, peniaga perlu mempamerkan maklumat seperti nombor pendaftaran syarikat selaras ketetapan peraturan perlindungan pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Jelas Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, kerjasama dibuat dengan portal e-dagang seperti Shopee di samping membangunkan aplikasi bagi memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berhubung transaksi.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Betong, Datuk Robert Lawson Chuat. Setakat ini, lebih 132,000 pengguna telah memuat turun aplikasi Price Catcher. Manakala, seramai 50,000 pengguna pula menggunakan saluran EZ Adu bagi menyalurkan aduan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini