Seorang jurutera yang menjual kandungan lucah secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram didenda RM6,000.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Azri Zahari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Azri menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azri didakwa menggunakan aplikasi Telegram secara sedar untuk menjual kandungan lucah kepada seorang lelaki pada 4 Mac 2019 di Bandar Sunway.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini