Perintah tahanan reman terhadap seorang doktor klinik swasta yang didakwa menjual sijil vaksinasi COVID-19 palsu di Terengganu disambung dua hari lagi sehingga Khamis ini.

Permohonan reman ke atas doktor  berusia 51  tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

Lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan  mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
 
Pada Sabtu polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu di sebuah klinik swasta di Marang.
 
Suspek disyaki melakukan urusan penjualan itu secara dalam talian sejak September lalu, dengan setiap sijil dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM500.
 
Sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi COVID-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur dan Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini