Polis membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu melibatkan seorang doktor klinik swasta di Marang.
 
Tangkapan doktor berusia 51 tahun ini dilakukan Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sijil vaksinasi palsu ini dikeluarkan terhadap individu yang tidak mahu disuntik DAN sanggup membayar hingga RM600.

Hampir dua ribu individu dipercayai pernah memohon mendapatkan sijil vaksinasi palsu itu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini