Menawarkan harga ikan segar 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Itu yang ditawarkan di jualan ikan segar anjuran MZ YSS BYHARRA dan TIM CARE serta Persatuan Penduduk Taman Keruing Rasa, Selangor.

Penjualan Ikan Segar Harga Borong yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang bermula hari ini, diadakan selama 3 hari sehingga hari ahad di Taman Keruing Rasa.

Lebih 200 kilogram pelbagai jenis ikan segar diniagakan bagi membantu masyarakat dan penduduk sekitar yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Istimewanya di jualan ini, harga ikan siakap hanya RM16 seekor berbanding RM21 sekilogram harga pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini