Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob khamis lalu, kini diperluaskan ke Perlis.

Buat permulaan, program berlangsung di Bintong di Parlimen Kangar yang akan dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh 3 bulan sehingga Februari tahun depan termasuk di parlimen Padang Besar dan Arau.
Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri, Norazah Jaapar, program merupakan inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.

Ia mendapat kerjasama pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kewangan.

Agensi terlibat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS); Pertubuhan Peladang Kawasan Bintong dan syarikat swasta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini