Situasi kenaikan harga barang membawa kepada pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia.

Program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu bermula semalam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Seterusnya program tersebut akan diadakan secara serentak di seluruh negara mulai Sabtu ini dengan memberi fokus di kawasan penduduk B40 dan M40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia bakal diteruskan sehingga Februari tahun depan mengikut keadaan harga barangan di pasaran kembali stabil.

Perdana Menteri terdahulu melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia di Projek Perumahan Rakyat PPR Kerinchi.

Pelbagai barangan dijual pada potongan 20 hingga 50 peratus berbanding harga pasaran.

Projek tersebut merupakan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta pemain industri pasaraya besar termasuk AEON, Mydin, Lulu Hypermarket dan ST Rosyam Mart.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini