Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit bagi November lalu merekodkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM118.1 bilion.

Berbanding bulan sebelumnya, ia meningkat 1.6 peratus disokong pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk perjalanan rentas negeri.

Prestasi lebih baik itu disumbang subsektor Perdagangan Borong yang mencatat pertumbuhan positif 6.8 peratus kepada RM56.3 bilion pada bulan tersebut.

Perdagangan Runcit turut berkembang 6.7 peratus kepada RM47.8 bilion.

Dalam tempoh sama, subsektor Kenderaan Bermotor melonjak 8.6 peratus kepada RM13.9 bilion.

Indeks jualan runcit melalui internet pula merekodkan pertumbuhan 21 peratus tahun ke tahun berbanding 20.7 peratus pada Oktober 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini