Penjualan tiket penerbangan dan bas bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin, VTL Malaysia – Singapura dibekukan sementara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia berkuat kuasa esok sehingga 20 Januari ini.

Keputusan dibuat berikutan perkembangan COVID-19 di Singapura yang mendapati terdapat beberapa kes Omicron.

Bagaimanapun, bagi pengembara yang telah membeli tiket, serta memenuhi syarat ditetapkan, boleh meneruskan perjalanan bawah inisiatif tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini