Tiga lelaki ditahan polis disyaki terlibat dalam aktiviti pusat panggilan judi dalam talian yang dilapor  meraih kuntungan sehingga RM100,000 sebulan.

Kesemua suspek berumur 19 hingga 54 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di sekitar Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata serbuan dibuat ke atas pangsapuri itu pada pukul 12 tengah hari.

Polis merampas beberapa peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer, beberapa rangkai kunci rumah dan kad akses.

Kesemua suspek dipercayai penjaga premis serta ejen ‘To Up Games’ di pusat panggilan dan berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dengan sewaan RM1,800 sebulan untuk menjalankan aktiviti judi itu.

Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit kegiatan perjudian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini