Lima lelaki warga Indonesia ditahan disyaki terlibat kegiatan judi dalam talian di sebuah kediaman di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Suspek berumur 21 hingga 29 tahun dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas pelawat sejak 2019.

Mereka aktif melakukan kegiatan tersebut, Mac lepas. Sindiket menyasarkan warga tempatan dengan nilai kutipan harian mencecah RM10,000. Pelbagai barang dirampas termasuk komputer riba dan telefon bimbit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini