Pengasas WikiLeaks, Julian Assange bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi berdepan tuduhan jenayah susulan tindakan dia mendedahkan maklumat sulit.

Semalam, Washington menang kes rayuan berkaitan perintah ekstradisi Assange di Mahkamah Diraja London.

Hakim Timothy Holroyde berpuas hati dengan jaminan Amerika Syarikat berhubung penahanan Assange di negara itu.

Ini termasuk jaminan untuk tidak menahan Assange di penjara dengan kawalan maksimum.

Assange juga akan dipindahkan ke Australia untuk menjalani hukuman sekiranya disabit kesalahan.

Amerika Syarikat sebelum ini mendakwa Assange dengan 18 tuduhan berkaitan pendedahan rekod sulit tentera dan kabel diplomatik oleh laman web WikiLeaks.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini