Sesebuah angkatan simpanan perlu diperkukuh, dilatih serta diterapkan disiplin bagi menyokong keperluan anggota tentera sedia ada.

Titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar, kewujudan Rejimen Askar Wataniah di setiap negeri adalah bagi melengkapkan rakyat dengan segala persiapan awal mengenai ilmu serta selok belok pertahanan.

Perkara itu juga bertujuan mengimbangi kekuatan anggota tentera tetap dan sebagai persediaan menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Demikian titah baginda sempena ‘Hari Tentera Darat Ke-89’ yang disambut pada 1 Mac 2022 dengan slogan “Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini