Jumlah kerugian dan kerosakan yang ditanggung golongan petani, peladang, penternak dan nelayan yang terjejas banjir, dijangka terus meningkat melebihi RM70 juta.

Ia berdasarkan pertambahan jumlah laporan yang diterima pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, pihaknya sedang meneliti semua laporan kerosakan yang berlaku di setiap negeri terlibat.

Tambahnya, MAFI turut menyediakan RM100 juta melalui Dana Bangkit Semula Keluarga Agro bagi membantu golongan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pertanian Agropreneur Muda yang terjejas akibat banjir di Bentong, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini