Jumlah kes baharu COVID-19 harian di negara tersebut terus meningkat secara drastik apabila 12,213 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah tersebut diperoleh menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan India pada hari ini.

Menurut laporan Xinhua, Ini adalah kali pertama sejak beberapa bulan lalu jumlah kes baharu setiap hari melepasi angka 10,000. Data tersebut turut menunjukkan kadar peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 sejak dua hari lalu adalah sekitar 35 peratus.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kes baharu yang didaftarkan setiap hari meningkat hampir dua kali ganda sejak dua hari lalu. Setakat ini, jumlah COVID-19 di India berjumlah 43,257,730 dengan kadar kes positif harian sebanyak 2.35 peratus manakala kadar kes positif mingguan 2.38 peratus.

Meskipun menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam jumlah kes baharu COVID-19 setiap hari, pihak berkuasa kesihatan menolak kemungkinan berlakunya gelombang COVID-19 lain di negara tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini