Jumlah kes harian COVID-19 di Korea Selatan buat julung kalinya melonjak kepada lebih 7,000 disebabkan penularan varian Omicron yang sangat pantas.

Ini merupakan kali pertama sejak pertengahan Disember lalu di mana jumlah jangkitan harian kekal menjangkaui 7,000 kes sehari. Sebanyak 7,000,09 kes baru dilaporkan, termasuk 6,729 jangkitan tempatan.

Jumlah jangkitan harian melonjak dengan pantas minggu ini dari 4,000 kepada lebih 5,000 kes pada Rabu dan kemudian, melepasi 6,000 kes pada Khamis. 28 kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan angka korban keseluruhan sebanyak 6,529.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran mengenai jumlah kes jangkitan COVID-19 yang kembali meningkat, dengan varian Omicron yang mudah berjangkit mungkin menjadi varian dominan di Korea Selatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini