Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia mencecah 217 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 38.9 juta kes. Diikuti India dengan lebih 32.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.7 juta kes.

Negara-negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki. Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan kes melebihi 4.07 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.9 juta, Malaysia 1.72 juta kes, Thailand dengan 1.1juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 67,000 kes. Angka kematian akibat COVID-19 turut meningkat dan kini mencecah 4.5 juta.

Berdasarkan data daripada sumber yang sama, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 638,000 kes. Diikuti Brazil dengan lebih 579,000 kes, India 438,000 kes dan Mexico lebih 257,000 kes. United Kingdom mencatatkan lebih 132,000 kematian, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia tertinggi dengan angka korban sebanyak 132,000 kes korban. Filipina di tangga kedua dengan lebih 33,000 diikuti Malaysia 16,000 kes manakala Thailand dengan lebih 11,000 angka korban.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini