Penglibatan pekerja asing dalam sektor tanaman makanan dijangka berkurangan 10 peratus menjelang 2030.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah, perkara itu didorong penggunaan teknologi tinggi dan penglibatan belia tempatan.

Ketika ini sektor tanaman bergantung kepada perkhidmatan 46,000 pekerja asing.

Ia bagaimanapun dijangka menyusut dengan tawaran peluang kerja kepada belia tempatan seperti diiklankan dalam portal MYFutureJobs.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Pemadanan Pekerjaan Subsektor Tanaman di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini