Hampir sembilan juta dos penggalak telah diberikan setakat tengah malam tadi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjangkakan jumlah itu akan melepasi 10 juta pada minggu depan.

Beliau menerusi laman twitter rasminya berkata, kerajaan sedang meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak.

Tambahnya lagi, hasil daripada program dos penggalak dipercepatkan, dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti kemasukan ke hospital bagi kes melibatkan COVID-19 kekal terkawal, walaupun terdapat lonjakan kes import Omicron.

Mengambil contoh Sarawak, Khairy berkata, negeri itu merekodkan kes harian melebihi 3,000 sebelum memulakan program suntikan dos penggalak pada Oktober lepas.

Kini negeri itu merekodkan penurunan kes melebihi 90 peratus iaitu kepada dua angka, sejak September lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini